Tuesday, June 1, 2010
JKR 572 DAN JKR 573 TINGGAL KENANGAN
Bangunan rumah guru JKR 572 dan JKR 573 yang dibina pada penghujung tahun 1959 tinggal kenangan apabila kerja-kerja merobohkan bangunan tersebut selesai dilaksanakan pada 1 Jun 2010. Bangunan tersebut telah uzur dan tidak selamat untuk digunakan lagi. Pihak pengurusan sekolah telah memohon kepada JKR untuk membuat pelupusan. JKR telah meluluskan pelupusan bangunan tersebut mengikut surat JKR Bil(1)dlm.B(P)/02/2010 bertarikh 4 Mei 2010.
JKR 572 dan JKR 573 banyak meninggalkan kenangan manis kepada Tn.Hj.Abdullah bin Md.Isa dan En.Izhar b.Ishak yang pernah mendiami rumah tersebut dalam jangka waktu yang agak lama. Kenangan manis tetap terpahat dan menjadi memori indah kepada keluarga mereka. Walaupun bangunan telah dirobohkan tetapi sepohon kelapa hasil titik peluh Cikgu Abdullah masih subur menghijau sebagai memori indah di JKR 571 dan 573.
Pihak sekolah akan menanam pokok getah di bekas tapak bangunan tersebut untuk melengkapkan Steysen Pembelajaran Agroeco Seri Dusun. Peluasan tapak stesyen tersebut mampu memuatkan 460 pokok getah dan sekaligus tanah yang selama ini terbiar dapat dibangunkan sebagai stesyen pembelajaran luar kelas dan projek ekonomi jangka panjang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sayangnya. Bangunan yang begitu tinggi nilainya sejarahnya diroboh dan diruntuh hanya kerana ingin memberi laluan kepada pokok-pokok getah. Apa lagi yang ada disekolah ini untuk kenangan usaha jerih seorang guru besar yang meneroka membuka sebuah sekolah dengan tiada sebarang peralatan. Jikalah Tuan Syed Abu Bakar, masih hidup dia suka akan bergeleng kepala melihat usahanya dulu itu dengan mudah dimusnahkan. Apakan daya kerana pokok getah mempunyai nilai sejarah yang lebih tinggi. Maka akhirnya akan jadilah kenangan yang bakal dinafikan di masa akan datang, di mana sekolah seri dusun di ujudkan tanpa kerusi dan meja. Apa2pun pihak pengurusan sekolah tentu lebih arif apa yang mereka lakukan. Jika boleh bangunan asal juga harus dirobohkan untuk dibina sebuah kilang memproses getah.Tahniah.
ReplyDelete