Tuesday, December 22, 2009

Hanya 6,600 masuk SBP

Hanya 6,600 masuk SBP




KUALA LUMPUR: Hanya 6,600 murid daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu dibuat hari ini.

“Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula hari ini hingga 12 Januari, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid
yang menerima tawaran dibuat pada 11 Januari.




Seramai 517,908 murid tahun enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. - Bernama

No comments:

Post a Comment