Panduan Ibubapa Memotivasi Anak Di Awal Persekolhan
* Latih anak-anak supaya bertanggungjawab terhadap barang-barang sendiri seperti beg sekolah, buku teks, alat tulis, buku tulis.
* Beri peluang anak jalin hubungan baik dengan rakan sebaya untuk memupuk kemahiran bergaul dan berkomunikasi di sekolah.
* Gunakan bahasa yang sempurna di rumah kerana penguasaan sesuatu bahasa dengan baik dapat membantu meningkatkan kefahaman anak di sekolah.
* Asuh anak tentang kemahiran berpakaian khususnya apabila menukar pakaian untuk pendidikan jasmani serta cara melipat dan menyimpan pakaian di tempat selamat.
* Latih anak menggunakan tandas secara betul seperti amalan beristinjak, menanggalkan pakaian dan memakai semula serta amalan mencuci tangan selepas ke tandas.
* Minta anak-anak hafal beberapa nombor telefon seperti rumah, pejabat atau telefon bimbit.
* Terangkan keadaan bagaimana mereka boleh menghubungi ibu bapa seperti sakit perut, demam, tertinggal bas, waktu persekolahan tamat lebih awal dan sebagainya.
* Latih anak-anak menyampaikan pesanan yang betul dalam bentuk lisan atau bertulis agar apa yang dipesan guru kepada ibu bapa dapat diingat dengan betul.
* Terangkan keadaan bila dan bagaimana untuk meminta bantuan guru atau orang dewasa seperti terjatuh, terluka, dipukul murid dan sebagainya.
* Perkenalkan anak dengan nilai wang dan banyak mana yang patut diberi apabila membeli makanan di kantin sekolah.
* Latih anak mengawasi waktu bila seharusnya mereka patut bangun tidur,
mandi, sembahyang, gosok gigi, dan berpakaian untuk ke sekolah
* Ajar anak anda cara membaca jadual waktu sekolah.
Tuesday, December 29, 2009
Sunday, December 27, 2009
PERUTUSAN TAHUN BARU -KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua warga pendidik serta murid-murid sekolah.
Guru-guru serta Murid-murid yang dikasihi sekalian,
Izinkan saya mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan memulakan lembaran baru pada sesi persekolahan 2010. Kepada guru-guru, sambutlah anak-anak didik kita ini ke alam sesi persekolahan yang baru dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang seperti yang diharapkan oleh ibu bapa mereka dan negara.
Kepada murid-murid sekalian, ingatlah, sebagai generasi pewaris negara usaha murni menuntut ilmu dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti baik di dalam bilik darjah mahupun gerak kerja di luar bilik darjah adalah satu usaha membentuk personaliti, ketrampilan diri dan jati diri sebagai anak Malaysia. Ibu bapa, guru, masyarakat bahkan negara akan sama-sama berasa bangga apabila murid-murid berjaya dalam pelbagai bidang yang dipelajari di sekolah.
Saya menyeru kepada semua murid rebutlah peluang dan segala kemudahan yang disediakan di sekolah untuk menyiapkan diri sebagai orang yang berilmu, beramal dan menyumbang kepada kemajuan diri, masyarakat dan negara. Modal insan yang cemerlang tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata, bahkan ianya adalah usaha yang berterusan yang perlu dipupuk, dibimbing dan diasah bakat seperti kata pepatah, melentur buluh hendaklah dari rebungnya. Pepatah juga mengatakan, “Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat”. Maka sebagai murid, anda semua yang seharusnya berusaha untuk menjadi orang yang berpelajaran kerana pencapaian dalam masa persekolahan merupakan kenangan yang paling manis untuk diimbau kelak.
Para guru dan murid-murid sekalian,
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati adalah satu perpatah yang perlu dipegang oleh semua guru dan murid-murid. Guru selaku suri teladan perlulah menunjukkan kasih kepada anak-anak murid mereka. Guru sabagai satu personalia seharusnya dapat menggunakan kebijaksanaan untuk menyentuh jiwa dan perasaan semua murid semasa berkomunikasi dua hala supaya ianya ibarat kata-kata yang terpahat di batu, kekal dalam ingatan, dan tidak hanya menjadi tulisan di atas pasir, yang hilang apabila di tiup angin.
Dalam alaf nano teknologi ini, semua pendidik perlu menyiapkan diri untuk mengemaskinikan semua fakta dan ilmu yang hendak disampaikan dalam mata pelajaran masing-masing. Gunakanlah kemudahan teknologi komunikasi maklumat untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan satu peristiwa yang sangat menyeronokkan kepada semua murid, bahkan para guru juga turut memperoleh pengalaman dan pengetahuan semasa berinteraksi dengan murid-murid.
Sebagai pendidik, semua guru harus menjiwai profesion ini kerana ianya merupakan satu profesion amat mencabar. Kalau seorang tukang jahit salah menjahit baju, hanya sehelai baju yang rosak tetapi jika seorang pendidik salah memberi didikan, kesannya adalah kepada satu generasi pewaris negara. seperti yang diungkapkan oleh Allahyarham Dato' Usman bin Awang (1979), "Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki, Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi”
Saya ingin menyeru kepada guru untuk memberi dedikasi, komitmen, dan keprihatinan yang tinggi kepada semua anak-anak didik. Guru selaku orang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dapat mengenal pasti potensi dan bakat yang ada dalam setiap anak murid. Maka guru perlu menggembleng tenaga dan kepakaran untuk menggunakan maklumat ini bagi menggilap bakat dan memperkukuhkan potensi diri murid-murid untuk berjaya dalam semua bidang yang diceburi serta mengimbangi perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi.
Para guru dan murid sekalian,
Dalam memastikan kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang disampaikan kepada murid-murid, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan empat perkara sebagai fokus utama dalam bidang keberhasilan utama; iaitu Perluasan Prasekolah, Literasi dan Numerasi (Linus), Sekolah Berprestasi Tinggi, dan New deals for principals. Maka semua warga pendidik perlu menyambut perubahan yang sedang berlaku ini dengan tangan terbuka dan minda yang positif (positive mind-set) bagi memastikan semua yang di rencana dapat dilaksanakan mengikut perancangan dan membuahkan hasil yang menunjukkan peningkatan dalam kualiti pendidikan di negara ini. Guru sebagai sumber ilmu perlu memantapkan diri melalui pendidikan berterusan. Penyertaan guru dalam pelbagai wacana dan forum serta kegiatan di pusat-pusat kegiatan guru adalah satu usaha yang berterusan dan perlu difokuskan untuk menambah ilmu serta pengetahuan kerana guru bukan saja sebagai penyampai ilmu bahkan orang yang bertanggungjawab untuk membentuk kaedah pemikiran positif dalam kalangan anak-anak murid. Pepatah ”jangan diberi ikan, tetapi ajarlah memancing ikan” adalah satu pepatah yang sangat hampir dengan profesion perguruan.
Para guru dan murid-murid yang saya kasihi,
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran menyarankan sukan perlu diperkasakan. Maka bagi mencapai hasrat tersebut para guru dan murid-murid seharusnya bergiat aktif dalam pelbagai bidang sukan mahupun aktiviti kokurikulum sebagai usaha membudayakan gaya hidup sihat dan juga kecemerlangan sukan untuk negara.
Kepada murid-murid yang baru sahaja berjaya dalam peperiksaan UPSR dan PMR, saya mengucapkan tahniah dan teruskan perjuangan anda dalam usaha mencari ilmu dan pengalaman. Bagi murid-murid yang baru memasuki Tahun 1, jangan risau dan bimbang kerana seperti kakak dan abang-abang anda, sudah pasti pengalaman persekolahan akan menjadi satu yang menyeronokkan kerana anda akan memperoleh ramai kawan-kawan baru serta mendapat ilmu pengetahuan yang amat berguna sebagai persiapan menghadapi hari muka.
Harapan saya, kepada semua guru dan murid, marilah kita bersama-sama berusaha untuk memajukan diri, masyarakat dan negara dalam semangat gagasan “1Malaysia, Rakyat Didahulukan Dan Pencapaian Diutamakan”.
Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
4 Januari 2010, bersamaan 18 Muharam 1431
Tuesday, December 22, 2009
Hanya 6,600 masuk SBP
Hanya 6,600 masuk SBP
KUALA LUMPUR: Hanya 6,600 murid daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu dibuat hari ini.
“Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula hari ini hingga 12 Januari, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid
yang menerima tawaran dibuat pada 11 Januari.
Seramai 517,908 murid tahun enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hanya 6,600 murid daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh (SBP) bagi 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata pengumuman mengenai mereka yang berjaya itu dibuat hari ini.
“Semakan dan keterangan lanjut mengenai kemasukan ini boleh dibuat secara online dengan melayari laman web www.moe.gov.my, manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online di e-rayuan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula hari ini hingga 12 Januari, namun keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran murid
yang menerima tawaran dibuat pada 11 Januari.
Seramai 517,908 murid tahun enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini dan daripada jumlah itu 48,171 memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil. - Bernama
Sunday, December 6, 2009
MEMANFAATKAN CUTI SEKOLAH ANAK-ANAK
Apabila tiba sahaja musim cuti sekolah, sudah pastinya murid-muridlah insan yang paling gembira kerana mereka tidak perlu ke sekolah selama sebulan lebih. Oleh itu, sudah tentu banyak masa terluang bersama ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara serta keluarga yang lain.
Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar masa cuti sekolah ini tidak menjadi sia-sia. Ibu bapa juga hendaklah membuat perancangan yang terbaik untuk memastikan masa cuti sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak mereka sebaik mungkin.
Dengan demikian, di sini terdapat beberapa tips untuk para ibu bapa untuk memudahkan mereka membuat perancangan dan memanfaatkan musim cuti sekolah ini bersama anak-anak. Antaranya ialah :
Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.
Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca.
Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama
Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.
Justeru itu, dengan perkongsian tips dan info ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para ibu bapa dalam mengurus runting harian anak-anak mereka di masa cuti sekolah ini.
SUMBER:http://ibnismail.wordpress.com/2008/11/14/tips-memanfaatkan-musim-cuti-sekolah-anak-anak/
Tuesday, November 24, 2009
TAHNIAH CIKGU
Warga SK Seri Dusun mengucapkan setinggi-tingi tahniah kepada Cikgu Norman dan Cikgu Muziyana yang telah berjaya menyelesaikan pengajian ijazah pertama di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Majlis konvokesyen telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur pada 8-10 November lalu.
Cikgu Muziyana - Sarjana Muda Pendidikan TESL
Cikgu Norman - Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Cikgu Muziyana - Sarjana Muda Pendidikan TESL
Cikgu Norman - Sarjana Muda Teknologi Maklumat
Monday, November 23, 2009
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010
TAKWIM PERSEKOLAHAN 2010
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal 1
Mula Akhir Hari
Hari Persekolahan 03.01.2010 11.03.2010 50
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 03.06.2010 55
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
Penggal 2
Hari Persekolahan 20.06.2010 02.09.2010 55
Cuti Pertengahan Penggal 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 18.11.2010 50
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
JUMLAH: 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78 hari
KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Penggal 1
Mula Akhir Hari
Hari Persekolahan 03.01.2010 11.03.2010 50
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 03.06.2010 55
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
Penggal 2
Hari Persekolahan 20.06.2010 02.09.2010 55
Cuti Pertengahan Penggal 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 18.11.2010 50
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
JUMLAH: 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210 hari
Jumlah Hari Cuti Penggal : 78 hari
Sunday, November 22, 2009
LDP PEMBINAAN LAMAN BLOG
BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG
Bengkel dikendalikan oleh Cikgu Farid bin Othman mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.Bengkel merangkumi aspek berikut:
1. Taklimat am blog
2. Setting
3. Layout
4. Monetize
5. Posting
Semua guru dan staf sokongan yang terlibat begitu berminat menghasilkan laman blog masing-masing. Tahniah Cikgu.
Wednesday, November 18, 2009
DEBARAN UPSR 2009
Terima kasih Cikgu Nazeli, Cikgu Mat Desa, Cikgu Faizal, Cikgu Khaidir, Cikgu Bazlin, Cikgu Zuraida, Cikgu Muziyana, Cikgu Rohani, Cikgu Izhar dan Terima Kasih Cigu Hj.Abdullah. Terima kasih semua guru-guru SK Seri Dusun.
KEPUTUSAN PENUH UPSR 2009
Peratus lulus keseluruhan : 72.8%
Bilangan 5 A : 10 orang
Bilangan 4 A 1B : 12 orang
Lulus BM Kefahaman : 92.6 %
Lulus BM Penulisan : 93.5 %
Lulus B.Inggeris : 72.8 %
Lulus Matematik : 90.2 %
Lulus Sains : 94.6 %
Pelajar-pelajar yang mendapat 5A
1. Muhammad Syafiq bin Mat Radzi
2. Fatin Izzati bt.Md.Yusuf
3. Zahirah bt.Mohd.Zahir
4. Anis Fasiha bt. Ahmad
5. Farah Intan Nailah bt. Adanan
6. Norhafizah bt. Saifulhafiz
7. Nur Hidayah bt. Junid
8. Nur Syafiqah bt. Abd.Malik
9. Afiqah bt.Omar
10.Fazlin Mastura bt.Fadzil
Cabaran 2010 bakal menanti.Post mortem kemerosotan perlu dibuat berdasarkan strategi baru yang lebih realiti.
Sunday, November 15, 2009
Diskusi Gemilang Pra Persekolahan 2010
Guru Besar sedang memberi taklimat
Sambutan ibubapa sangat membanggakan
Program Khas Diskusi Gemilang Pra Persekolahan 2010
Tarikh: 18 November 2010
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Dewan An Nuur, SK Seri Dusun
Kehadiran: Semua ibubapa dan waris pelajar Tahun 1 - 5
Diskusi berfokuskan kepada perkara perikut:
1. Memantau dan menyelia Modul Gemilang Cuti Persekolahan
2. Memantau dan menyelia Refelksi Peperiksaan Akhir Tahun
3. Memantau dan menyelia Gempur Iqra
4. Program kecemerlangan bersepadu 2010
5. New deals ibubapa dan waris
Modul Gemilang akan diedarkan pada hari tersebut. Semua ibubapa dan waris dijemput hadir.
Wednesday, November 11, 2009
DAIRI AKHIR PERSEKOLAHAN 2009
Guru-guru dan staf sokongan SK Seri Dusun begitu sibuk dengan pelbagai tugasan dan aktiviti persekolahan yang perlu disempurnakan sebelum cuti akhir tahun bermula. Berpaksikan budaya "smart, kreatif, sistematik dan dinamik" pelbagai aktiviti berjaya disempurnakan mengikut sasaran yang telah ditetapkan.
1. 9 November 2009 - Lawatan Pelajar Tahun 6 ke Pulau Pinang
2. 10 November 2009 - Diskusi Khas Iqra
3. 11 November 2009 - Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 bersama KEDA
4. 13- 14 November 2009 - Lawatan guru dan staf sokongan ke Kelantan dan Terengganu
5. 15 November 2009 - Lawatan guru dan staf SK Hutan Aji, Perlis
6. 15-16 November 2009 - Jamuan akhir tahun pelajar Tahun 1 hingga 5
7. 17 November 2009 - Pendaftaran pelajar Pra Sekolah Arus Perdana 2010
8. 17 November Jamuan Keluarga guru dan staf sokongan SK Seri Dusun
9. 17 November 2009 - Perjumpaan Khas Waris - Pelajar Tumpuan Khas (LINUS)
10. 18 November 2009 - Pengedaran Modul Gemilang cuti persekolahan 2009
11. 18 November 2009 - Operasi Budaya Tutup Sekolah
12. 19 November 2009 - Perhimpunan Akhir Tahun
Saturday, November 7, 2009
Tuesday, November 3, 2009
PROGRAM BIMBINGAN ROHANI
PROGRAM BIMBINGAN ROHANI
Insiatif Panatia Pendidikan Islam dan JQaf SK Seri Dusun membuat pengisian waktu pagi bermula jam 7.25 hingga 745 pagi dengan siri bimbingan rohani.
Program ini dijalankan pada setiap pagi Isnin hingga Khamis. Semua pelajar terlibat dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan 1 : Pelajar Tahun 1
Kumpulan 2 : Pelajar Tahun 2 dan 3
Kumpulan 3 : Pelajar Tahun 5 dan 6
Pengisian program ialah:
1. Bimbingan asas fardhu ain
2. Bacaan-bacaan dalam sholat
3. Bimbingan akhlak
4. Asas tauhid
Impak program
1. Membina jati diri dan akhlak mulia pelajar
2. Meningkatkan kerjasama dan kesepaduan
3. Melahirkan insan mardatillah
4. Melahirkan insan "berakhlakul kharimah"
Guru-guru Pendidikan Islam sedang mengendalikan program
Teruskan dan mantapkan program ini sebagai penjana ummah yang bertamadun dan sentiasa mendapat rahmat Allah.
Insiatif Panatia Pendidikan Islam dan JQaf SK Seri Dusun membuat pengisian waktu pagi bermula jam 7.25 hingga 745 pagi dengan siri bimbingan rohani.
Program ini dijalankan pada setiap pagi Isnin hingga Khamis. Semua pelajar terlibat dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan 1 : Pelajar Tahun 1
Kumpulan 2 : Pelajar Tahun 2 dan 3
Kumpulan 3 : Pelajar Tahun 5 dan 6
Pengisian program ialah:
1. Bimbingan asas fardhu ain
2. Bacaan-bacaan dalam sholat
3. Bimbingan akhlak
4. Asas tauhid
Impak program
1. Membina jati diri dan akhlak mulia pelajar
2. Meningkatkan kerjasama dan kesepaduan
3. Melahirkan insan mardatillah
4. Melahirkan insan "berakhlakul kharimah"
Guru-guru Pendidikan Islam sedang mengendalikan program
Teruskan dan mantapkan program ini sebagai penjana ummah yang bertamadun dan sentiasa mendapat rahmat Allah.
Monday, November 2, 2009
PROGRAM RIMUP I MALAYSIA
SK SERI DUSUN DAN SJK(C) CHUNG HWA
Tarikh: 27 Oktober 2009
Masa: 09 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan An Nur SK Seri Dusun
Program yang melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 SK Seri Dusun dan SJK(C) Chung Hwa bertujuan mengeratkan hubungan antara dua sekolah di samping memberi pendedahan tentang keperluan-keperluan dari segi mental dan fizikal ke alam menengah.
Bertemakan 1 Malaysia, program RIMUP ini diharap dapat memupuk perpaduan yang berteraskan nilai-nilai penting yang seaharusnya menjadi amalan setiap pelajar. Program ini juga mensasarkan sikap penerimaan di kalangan pelbagai kaum, dimana keunikan kaum yang lain sebagai satu kelebihan dan membawa rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
Semangat 1 Malaysia dipamerkan dan aktiviti berjalan lancar bersama menjayakan
visi nasional ke arah perpaduan kaum.
Terima kasih cikgu..Program RIMUP ke arah 1 Malaysia
SK SERI DUSUN DAN SJK(C) CHUNG HWA
Tarikh: 27 Oktober 2009
Masa: 09 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan An Nur SK Seri Dusun
Program yang melibatkan pelajar-pelajar tahun 6 SK Seri Dusun dan SJK(C) Chung Hwa bertujuan mengeratkan hubungan antara dua sekolah di samping memberi pendedahan tentang keperluan-keperluan dari segi mental dan fizikal ke alam menengah.
Bertemakan 1 Malaysia, program RIMUP ini diharap dapat memupuk perpaduan yang berteraskan nilai-nilai penting yang seaharusnya menjadi amalan setiap pelajar. Program ini juga mensasarkan sikap penerimaan di kalangan pelbagai kaum, dimana keunikan kaum yang lain sebagai satu kelebihan dan membawa rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
Semangat 1 Malaysia dipamerkan dan aktiviti berjalan lancar bersama menjayakan
visi nasional ke arah perpaduan kaum.
Terima kasih cikgu..Program RIMUP ke arah 1 Malaysia
Sunday, November 1, 2009
Wednesday, October 28, 2009
Selamat datang
Selamat mengunjungi blog info Seri Dusun. Pelbagai info berkaitan SK Seri Dusun akan dimuatkan dalam blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)